ANGGOTA penyelamat melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting -  Batang Kali. FOTO

Muhaamad Hafis Nawawi

Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, di sini, ditangguhkan, dan akan bersambung semula esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, selepas perbincangan diadakan bersama bomba, pihaknya membuat keputusan untuk menangguh operasi kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.

OPERASI SAR mangsa kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali ditangguhkan susulan cuaca tidak baik. FOTO Aswadi Alias.

Menurutnya, pihak bomba menghadapi cabaran yang bukan sahaja dari segi keadaan cuaca, malah memberi ancaman kepada pasukan penyelamat yang berdepan bahaya tidak dijangka terutama pada waktu malam.

"Pergerakan tanah tidak stabil boleh terdedah kepada ancaman.

"Kita akan sambung semula operasi SAR pada jam 8 pagi esok," katanya.

OPERASI SAR mangsa kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali ditangguhkan susulan cuaca tidak baik. FOTO Aswadi Alias.
OPERASI SAR mangsa kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali ditangguhkan susulan cuaca tidak baik. FOTO Aswadi Alias.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 9:47 PM