Muhaamad Hafis Nawawi


Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, ditangguhkan esok berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi SAR itu ditangguh jam 4 petang tadi dan akan bersambung semula esok.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menangguh operasi SAR kerana hujan yang membahayakan keselamatan pasukan SAR.

Terdahulu Harian Metro melaporkan angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, adalah seramai 92 orang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, jumlah itu berkurangan berbanding angka awal yang dilaporkan iaitu 94 orang selepas semakan lanjut dan laporan polis yang diterima pihaknya setakat ini.

Berikutan itu, katanya, hanya satu lagi mangsa membabitkan kanak-kanak lelaki yang dilaporkan masih hilang.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat ketika berada di lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. FOTO Asyraf Hamzah.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat ketika berada di lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. FOTO Asyraf Hamzah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 7:24 PM