Zatul Iffah Zolkiply


Setiu: Seramai 37,792 mangsa banjir daripada 10,401 keluarga direkodkan di Terengganu.

Setakat 8 pagi, mereka ditempatkan di 310 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya seramai 29,717 orang daripada 8,214 keluarga di 291 PPS malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa teramai apabila seramai 12,000 orang daripada 3,094 keluarga ditempatkan di 37 PPS.

Ia diikuti daerah Besut apabila 8,228 mangsa berada di 92 PPS dan seramai 6,691 mangsa lagi berada di 61 PPS di Hulu Terengganu.

Seramai 3,988 mangsa daripada 1,196 keluarga dipindahkan ke 56 PPS di Setiu, manakala di Dungun, seramai 2,484 mangsa membabitkan 659 keluarga berada di 36 PPS.

Di Kuala Terengganu, 10 PPS diaktifkan bagi menempatkan 1,900 mangsa, manakala seramai 1,521 mangsa berada di 10 PPS di Kuala Nerus.

Marang merekodkan jumlah mangsa terendah apabila 980 mangsa daripada 231 keluarga berada di lapan PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 9:06 AM