SAARANI (kiri) dan Ayob Khan (kanan) berbual bersama Azhar (baju Melayu biru) di kediaman keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, hari ini. FOTO Muhamad Lokman

Muhamad Lokman Khairi

Tanjung Malim: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di kediaman keluarga anggota polis itu di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, di sini, malam ini.

Beliau yang tiba jam 8.30 malam meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual dengan bapa Allahyarham, Azhar Khaiden, 54, serta memberikan kata-kata semangat.

Beliau turut menyertai kira-kira 50 jemaah pada majlis bacaan Surah Yasin dan tahlil di kediaman keluarga Allahyarham.

Terdahulu, Saarani dilaporkan berkata, kerajaan Perak akan menyalurkan sumbangan khas RM5,000 kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:21 PM