ANTARA mangsa banjir yang berlindung di PPS. FOTO arkib NSTP
ANTARA mangsa banjir yang berlindung di PPS. FOTO arkib NSTP
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Terengganu menurun kepada 16,183 mangsa daripada 4,223 keluarga di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini.

Ia menunjukkan penurunan berbanding seramai 17,384 mangsa daripada 4,549 keluarga ditempatkan 86 PPS, jam 8 pagi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 8,308 mangsa daripada 2,107 keluarga berada di 23 PPS di Kemaman.

Ia menunjukkan penurunan berbanding seramai 9,245 mangsa daripada 2,358 keluarga di 27 PPS sebelum ini.

Di Hulu Terengganu, seramai 3,814 mangsa daripada 964 keluarga berada di 18 PPS.

Sebanyak 793 keluarga membabitkan 2,698 mangsa masih berada di 23 PPS di Dungun.

Di Kuala Nerus, seramai 498 mangsa masih di lima PPS manakala tiga PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 462 mangsa di di Kuala Terengganu.

Di Besut, seramai 348 mangsa daripada 85 keluarga berada di tiga PPS.

Setiu merekodkan jumlah mangsa terendah dengan 15 keluarga membabitkan 55 mangsa berada di dua PPS.

Ketika ini, keadaan cuaca bertambah baik di kebanyakan kawasan di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 2:30 PM