DE Zerbi mula mengendalikan Brighton pada September 2022. FOTO AFP
DE Zerbi mula mengendalikan Brighton pada September 2022. FOTO AFP
AFP

London: Bos Brighton, Roberto De Zerbi akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan persetujuan bersama selepas perlawanan terakhir mereka musim ini menentang Manchester United esok.

De Zerbi mengambil alih kendalian di Stadium Amex pada September 2022 dan mengepalai Brighton ke kedudukan tertinggi mereka di EPL apabila menduduki tempat keenam pada 2022-23.

"Kami saling bersetuju untuk menamatkan kontrak Roberto pada masa yang sesuai dengan kedua-dua pihak berpeluang melakukan perancangan awal untuk untuk musim depan.

"Roberto mempunyai banyak masa untuk mempertimbangkan langkah seterusnya dan mencorakkan masa depannya," kata pengerusi Brighton, Tony Bloom.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 11:41 PM