GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu menunjukkan penurunan dengan 1,067 orang dilaporkan masih terjejas.

Setakat jam 4 petang, kesemua mangsa daripada 312 keluarga berada di 13 PPS.

Setakat ini, empat daerah yang masih terjejas adalah Besut, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Setiu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 603 mangsa daripada 169 keluarga di tujuh PPS.

Ia menunjukkan penurunan berbanding hanya 1,048 orang daripada 310 keluarga di 10 PPS di daerah berkenaan tengah hari tadi.

Seramai 268 mangsa daripada 84 keluarga berada di dua PPS iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di Dungun.

Di Hulu Terengganu, seramai 183 mangsa daripada 53 keluarga berada di tiga PPS manakala PPS di Surau Perumahan Bukit Cina masih aktif bagi menempatkan 13 mangsa daripada enam keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 4:59 PM