KEADAAN banjir di Kampung Belimbing. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
KEADAAN banjir di Kampung Belimbing. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Empat daerah masih terjejas akibat banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu dengan 1,812 mangsa dilaporkan terkesan.

Setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa daripada 515 keluarga itu berada di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Menerusi itu, 10 PPS dibuka di Dungun, tujuh di Besut, empat di Setiu dan tiga di Hulu Terengganu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,188 mangsa daripada 348 keluarga yang masih berlindung di 10 PPS.

Ia diikuti Besut yang merekodkan seramai 416 mangsa daripada 98 keluarga di tujuh PPS.

Di daerah Hulu Terengganu, tiga PPS masih aktif bagi menempatkan 121 mangsa (54 keluarga) manakala seramai 87 mangsa daripada 15 keluarga di Setiu ditempatkan di empat PPS di daerah berkenaan.

Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa kawasan di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 9:30 AM