TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


TUN Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pagi ini.

Perdana Menteri Interim itu tiba di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur pada 9.12 pagi.

Pertemuan dijangka bermula 10 pagi ini dipercayai membincangkan situasi terkini politik negara.

Semalam, Dr Mahathir memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang Isnin ini untuk memilih Perdana Menteri kelapan.

Beliau turut menerima semula jawatan Pengerusi Bersatu selepas melepaskan jawatan itu pada Isnin lalu.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 10:38 AM