Ekhwan Haque Fazlul Haque


SATU pengumuman penting dijangka akan dibuat malam ini dipercayai membabitkan kemelut politik negara.

Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan perkara itu sebaik selesai mesyuarat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi hari ini.

“Tunggu malam ini,” katanya ringkas ketika ditemui di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat bermula jam 10 pagi itu membabitkan Ahli Parlimen Bersatu dan turut disertai beberapa Ahli Parlimen ‘kumpulan’ Datuk Mohamed Azmin Ali.

MUHYIDDIN turut hadir mesyuarat itu. FOTO NSTP.
MUHYIDDIN turut hadir mesyuarat itu. FOTO NSTP.

Hadir sama, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ahli Parlimen PKR, antaranya Zuraida Kamaruddin.

Mesyuarat selesai pada 12.30 tengah hari.

Terdahulu, pertemuan itu dipercayai membincangkan kemelut politik negara yang mempunyai kaitan dengan calon Perdana Menteri kelapan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 2:15 PM