EDEN Hazard. FOTO Reuters
EDEN Hazard. FOTO Reuters
Reuters

London: Pemain sayap Eden Hazard cuba menafikan spekulasi mahu meninggalkan Stamford Bridge dengan menjelaskan betapa dia selesa bersama ‘keluarga’ Chelsea.

Bintang Belgium itu menjaringkan 17 gol dan membantu lima jaringan bagi mengemudi kejayaan Chelsea menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris dan mara ke final Piala FA musim lalu.

Laporan media mengaitkan perancang utama itu yang menyertai Chelsea sejak 2012 dengan perpindahan lumayan ke skuad juara Sepanyol Real Madrid namun Hazard berkata, dia selesa berada di Stamford Bridge.

“Saya sukakan kelab ini kerana ia bagaikan satu keluarga,” kata Hazard.

“Saya mempunyai ramai rakan dan kami saling berbual antara satu sama lain. Saya berada di sini sejak lima tahun lalu dan gembira beraksi di kelab hebat seperti ini.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 7:49 AM