BARISAN pemain Romania di Euro 2024. FOTO Agensi
BARISAN pemain Romania di Euro 2024. FOTO Agensi
Reuters

Munich, Jerman: Romania sedia membuat kejutan biarpun hampir lapan tahun gagal beraksi di pentas Euro.

Skuad yang diberi jolokan The Tricolours itu dijadual turun membuka kempen dengan menentang Ukraine Allianz Arena, malam esok.

Pengendali Romania, Edward Iordanescu menaruh sepenuh kepercayaan terhadap skuad kendaliannya yang dilabel kurang berpengalaman biarpun mereka sebenarnya layak ke Euro 2024 tanpa kalah pada pusingan kelayakan.

"Sekiranya setiap pemain menjalankan peranan mereka, saya pasti pasukan ini mampu melakukannya...saya yakin kami boleh mencapai satu keputusan yang bagus menerusi prestasi kami sendiri," kata Iordanescu.

Begitupun Ukraine yang sudah empat kali berturut-turut layak beraksi di Euro dilihat sebagai pencabar yang mampu menewaskan Romania di mana kedua-dua pasukan diletakkan dalam Kumpulan E.

Jurulatih Ukraine, Serhiy Rebrov akui anak buahnya tidak akan beri tentangan mudah kepada Romania dalam usaha memungut tiga maksimum.

"Saya melihat ramai kanak-kanak menyokong kami apabila kami bermain dan ia memberikan pemain motivasi tambahan," kata Rebrov.

"Tak kira di mana kami bermain, pasukan dapat merasakan sokongan seluruh rakyat Ukraine yang menganggap bola sepak sebagai satu sumber emosi positif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 1:20 PM