HM Digital


• Jenazah penuntut Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang meninggal dunia terkena renjatan elektrik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang.

• 52 remaja termasuk penuntut kolej yang dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap Geng 24 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, Selangor atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram di sekitar daerah ini, bulan lalu.

• Video yang tersebar kononnya menunjukkan dua wanita berbangsa India dicukur kepala kerana mencuri di kedai peniaga Melayu sebenarnya berlaku Maracaibo,Venezuela dan bukannya di Malaysia.

• Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan dua cubaan menyeludup 712 kilogram sisik tenggiling dengan nilai rampasan RM9.18 juta dalam dua kes berasingan, 1 dan 2 Mei lalu.

• Pengurus besar anak syarikat milik Prasarana Malaysia Bhd bersama isterinya yang disyaki menyaalah guna kuasa dan rasuah bernilai RM600,000 dilepaskan daripada tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 6:59 PM