Neera Azizi, pada sidang media teater Tun Fatimah Sri Kandi Empayar Melaka di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. FOTO SADIQ SANI
Neera Azizi, pada sidang media teater Tun Fatimah Sri Kandi Empayar Melaka di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. FOTO SADIQ SANI
Zaara Talita


Kuala Lumpur : "Waktu buat umrah, saya doa nak murah rezeki. Lepas balik tiga malam berturut-turut saya mimpi pakai tudung. Bagi saya ini rezeki juga untuk betul-betul bertudung. Orang kata itu hidayah," kata pelakon, Neera Azizi, 26, yang mula bertudung selepas pulang menunaikan umrah lebih sebulan lalu.

Neera berkata, pernah terdetik untuk membuka kembali tudung, namun dia bersyukur mendapat sokongan keluarga.

Dia juga turut mengamalkan zikir bagi memastikan dirinya terus kuat menutup aurat dan kekal istiqamah.

"Tidak dinafikan, ujian lepas bertudung ini lain dan sukar untuk saya gambarkan. Tiba-tiba ada hari yang tertekan sangat sebab pakaian semua dah kena tukar, pakaian banyak yang tidak sesuai.

"Saya rasa seperti nak menangis nak buka baliklah tudung. Bagi saya, orang sekeliling sangat penting terutama sekali keluarga untuk luahkan perasaan.

"Selain itu, berzikir juga turut menguatkan saya. Bila rasa macam tertekan atau nak buka tudung balik berzikir, selawat banyak-banyak," katanya.

Neera berkongsi mengenai penampilan terbarunya ketika majlis sidang media teater Srikandi Empayar Melaka di Seri Pacific Hotel, di sini.

Menjayakan watak Tun Fatimah, Neera bersyukur pihak produksi memahami perubahan imej dan tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perkara itu.

"Pihak produksi dan pengarah tidak mempunyai masalah dengan penampilan terbaru saya ini dan berpendapat ada cara bagi saya untuk melakonkan watak Tun Fatimah," katanya.

Selain Neera, teater berkenaan turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Ashraf Muslim, Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M Osman, Zack Kool dan atlit silat negara, Al Jufferi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 2:52 PM