Lelaki yang terlibat.
Lelaki yang terlibat.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur : Lelaki yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan anak perempuan Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim mendakwa gadis itu tidak berhenti mengganggunya.

Bekas isterinya mendedahkan perkara itu di aplikasi X menerusi satu rakaman video yang mendakwa lelaki itu sudah berusaha berubah tetapi gagal.

Dalam video itu menunjukkan lelaki terbabit sedang berbincang dengan keluarga bekas isterinya. Dia juga berjanji untuk berubah, namun mendakwa gadis itu tetap datang kepadanya.

Dia juga mendakwa sukar untuk melawannya dan mengatakan itu adalah kelemahannya.

Wanita terbabit turut menyifatkan bekas suaminya itu tiada belas kasihan terhadap dua anaknya dan dirinya yang masih bergelar isteri ketika itu.

Dia turut mendakwa mendakwa hubungan istimewa di ant45ara bekas suaminya dengan Marissa kembali bertaut selepas putus cinta di sekolah.

"Ceritanya bekas bertemu bekas kembali. Cinta darjah enam berputik kembali," tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa.

Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 4:50 PM