DANISH Hakim (kanan) bersama bapanya yang juga pelakon, Norman Hakim.
DANISH Hakim (kanan) bersama bapanya yang juga pelakon, Norman Hakim.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Anak sulung kepada Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Danish Hakim mengajak individu dikenali Aslam untuk bertemu empat mata dengannya.

"Aslam, jom jumpa," tulisnya di Instagram Story.

Bagaimanapun hantaran terbaharu yang dimuat naik Danish itu dipadam beberapa minat kemudian.

Difahamkan, Aslam adalah lelaki yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan adiknya, Marissa Dania Hakim, 18, sehingga lelaki itu menceraikan isterinya, baru-baru ini.

Semalam, tular satu rakaman video yang dikongsikan bekas isteri Aslam mendakwa Marissa tidak berhenti mengganggunya walaupun dia sudah berusaha untuk berubah.

Video itu menunjukkan lelaki terbabit sedang berbincang dengan keluarga bekas isterinya. Dia juga berjanji untuk berubah, namun mendakwa gadis itu tetap datang kepadanya.

Dia juga mendakwa sukar untuk melawannya dan mengatakan itu adalah kelemahannya.

Wanita terbabit turut menyifatkan bekas suaminya itu tiada belas kasihan terhadap dua anaknya dan dirinya yang masih bergelar isteri ketika itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 2:29 PM