Amy Search
Amy Search

Kuala Lumpur: Sebuah video di TikTok memaparkan penyanyi rock Datuk Amy Search, 64, terhentak lutut kerana terjatuh sewaktu menjayakan persembahan di Bera, Pahang, mengundang pelbagai reaksi.

Dalam video terbabit, Amy kelihatan berlari sebelum memanjat pembesar suara.

Ketika melompat turun, dia seakan hilang imbangan diri sebelum lututnya terhentak.

Menerusi ruangan komen, ramai menyatakan rasa bimbang terhadap keadaan lututnya kerana hentakan berkenaan tampak agak membahayakan juga.

"Lutut dah tak kuat."

"Lutut dah kering tu tak berair. Jadi bahaya lompat tinggi-tinggi.

"Bahaya lompat tempat tinggi. Lutut tak kuat dah," antara komen berkenaan.

Apapun, kelincahannya memberikan persembahan menghiburkan turut mendapat pujian sesetengah orang. Meskipun pada usia sebegitu, Amy masih dilihat berjiwa muda.

"Semangat masih muda."

"Biasalah, tiba-tiba mari semangat muda orang muda, oklah dia. Berumur pun masih kuat lagi," antara komen pujian itu.

Apapun, rata-rata berharap Amy terus menjaga kesihatan dan berada dalam keadaan baik-baik saja selepas insiden terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 3:29 PM