Agensi

Seoul: Big Hit Music tampil mengesahkan lagu Butter nyanyian BTS bukan ciplak dan tiada isu dari segi hak cipta.

Big Hit Music dalam satu kenyataan berkata, proses pengesahan mengenai hak penciptaannya sudah dijalankan secara menyeluruh sebelum ia dilancarkan.

"Ia sudah disahkan bahawa tiada berlaku isu hak cipta mengenai Butter. Ia sebuah lagu yang ditetapkan serta dilancarkan selepas menjalani proses dengan semua penulis lagu.

"Bagaimanapun, kami peka mengenai dakwaan yang berlaku mengenai isu hak cipta itu. Haknya memang mutlak untuk Butter," kata kenyataan itu.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai sebahagian daripada lagu terbabit memiliki melodi serupa dengan lagu You Got Me Down nyanyian Luca Debonaire yang dilancarkan tahun lalu.

Debonaire turut berkongsi dia membeli 'topline' lagu itu pada 2019 daripada Sebastian Gracia yang juga komposer Butter.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan mengenai hak cipta kerana penggunaannya dalam dua lagu berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 12:14 PM