ANGGOTA BTS ketika sidang media di Seoul pada 21 Mei 2021. FOTO AFP
ANGGOTA BTS ketika sidang media di Seoul pada 21 Mei 2021. FOTO AFP
BERNAMA

Seoul: Sebuah album kompilasi lagu-lagu kumpulan BTS berbahasa Jepun dihantar sebanyak 1.1 juta unit pada hari pertama album berkenaan dilancarkan di negara itu, memetik agensi kumpulan itu Big Hit Music pada Rabu.

Album "BTS, The Best" yang memuatkan 23 lagu itu turut mengandungi lagu berbahasa Jepun seperti "Film Out," "Your Eyes Tell" dan "Crystal Snow selain lagu Korea dalam versi bahasa Jepun seperti "Fake Love", "Idol" dan "On", lapor Agensi Berita Yonhap.

BTS mempunyai peminat yang ramai di Jepun. "Film Out" single dalam bahasa Jepun yang dikeluarkan pada 2 April, mendahului carta tunggal digital khas di negara ini sebaik dilancarkan dan memperoleh lebih 10 juta penstriman pada minggu pertama.

Lagu ini turut menduduki No. 81 di carta single utama Billboard AS untuk menjadi lagu Jepun pertama kumpulan itu yang tersenarai di Hot 100.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 3:18 PM