RUMAH agam milik Liam yang dijual.
RUMAH agam milik Liam yang dijual.
Agensi

PENYANYI, Liam Payne memutuskan menjual banglo mewah miliknya yang terletak di Calabasas, California.

Menurut portal People, anggota kumpulan One Direction itu menjual rumah agam itu dengan RM46 juta selepas mengambil keputusan untuk kembali ke negara asalnya, United Kingdom. 

Berkeluasan 9,700 kaki persegi, rumah mewah yang menempatkan lima bilik tidur dan lapan bilik mandi itu terletak di kawasan Pergunungan Santa Monica. 

Selain itu, rumah terbabit turut dilengkapi bilik tetamu, studio rakaman, gim dan bilik khas yang digunakan untuk meditasi.

Lebih menarik, terdapat juga ruang permainan, menonton filem, perpustakaan dua tingkat serta kolam renang.

"Ini adalah tempat beristirahat yang luar biasa di tengah kota," ujar agensi yang memasarkan rumah agam itu.

Difahamkan Payne membeli rumah terbabit lima tahun lalu dari seorang pembikin filem yang berpangkalan di Hollywood. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 9:37 AM