PARIS Hilton (kiri), Sarah Silverman.
PARIS Hilton (kiri), Sarah Silverman.
Agensi

Amerika Syarikat: Pelawak, Sarah Silverman membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bintang realiti dan DJ Paris Hilton kerana memalukan pewaris Hilton itu di MTV Movie Awards 2007.

Silverman membuat permohonan maaf itu menerusi podcast, The Sarah Silverman Podcast selepas Hilton berkongsi mengenai rasa kecewa dengan sikap Silverman, dalam podcast, This Is Paris baru-baru ini.

"Jadi, selepas 14 tahun, saya nak katakan kepada Paris, saya benar-benar memohon maaf. Saya kini sudah berubah.

"Saya tak dapat bayangka apa yang kamu lalui pada ketika itu," katanya.

Dalam podcast This Is Paris, Hilton menganggap komedi yang disampaikan Silverman menggunakan namanya terlalu kejam dan mengaibkannya.

"Sangat teruk dan kejam. Duduk dalam kalangan penonton dan perlu mendengar lawak yang dilakukannya memalukan saya. Saya rasa macam nak mati," katanya.

Namun, selepas Silverman membuat permohonan maaf, Hilton menerima maaf itu dengan hati terbuka.

"Dia sangat tulus dan kata-katanya membuatkan saya tersentuh," katanya.

Dalam komedi yang dipersembahkan pada acara itu, Silverman menggunakan kisah Hilton yang pernah dipenjara selama 45 hari akibat pengambilan alkohol ketika memandu sebagai idea komedi.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 10:37 AM