Syafil Syazwan Jefri

Walaupun sudah bergelar suami isteri, Justin Bieber dan Hailey Baldwin hingga kini belum meraikan hari bahagia mereka dalam majlis istimewa.

Menurut sumber terdekat pasangan itu, mereka masih dalam proses perbincangan sama ada ingin mengadakan majlis kecil atau secara besar-besaran.

“Mereka mahukan majlis kecil, tetapi ramai yang ingin dijemput. Mereka tahu, apabila semuanya sudah dirancang, majlis yang kecil pun akan menjadi satu majlis besar,” kata sumber.

Kata sumber terdekat itu lagi, Justin dan Hailey kini sedang mencari rumah untuk dijadikan kediaman.

“Mereka sekarang fokus mencari rumah baru di Los Angeles. Antaranya di Brentwood, Bel Air dan Beverly Hills,” katanya.

Pasangan itu juga dikatakan mahu membuat persiapan tempat tinggal lebih besar kerana mahukan cahaya mata.

Sementara itu, Justin juga kini sedang menumpukan perhatian kepada kesihatan mentalnya dan mahukan satu ruang yang baik.

Justin dan Hailey sah bergelar suami isteri di mahkamah di New York pada September tahun lalu.

Hailey sebelum ini menafikan berita perkahwinan mereka menerusi akaun Twitternya. Namun, tak lama selepas itu, dia menukar nama di Instagram dengan meletakkan nama keluarga Bieber.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 11:00 AM