DOKTOR mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan Hailey kekurangan oksigen. FOTO AGENSI
DOKTOR mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan Hailey kekurangan oksigen. FOTO AGENSI
Agensi

 

Los Angeles: Isteri penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin berdepan pengalaman menakutkan apabila diserang strok.

Hailey yang ketika itu sedang menikmati sarapan bersama suaminya tiba-tiba mengalami simptom serangan strok. 

"Saya terus dibawa ke hospital dan selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan saya kekurangan oksigen.

"Tapi badan saya berjaya mengatasinya dan saya pulih dalam beberapa jam," kata Hailey.

Hailey mengakui apa yang berlaku itu adalah insiden yang paling menakutkan pernah dialaminya.

"Saya kini dalam keadaan baik. Syukur dan terima kasih kepada semua terutama doktor dan jururawat yang merawat saya. 

"Ia adalah momen paling menakutkan yang saya pernah alami. Kini saya di rumah dan dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang ambil berat," katanya.

Pasangan itu berkahwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2022 @ 4:35 PM