ANGGOTA bomba memotong rangka bas mini yang di rempuh kereta api penumpang.
ANGGOTA bomba memotong rangka bas mini yang di rempuh kereta api penumpang.
AFP

Jakarta: Sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah bas mini di satu persimpangan di ibu negara Indonesia ini semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 10 lagi cedera parah.

Pemandu bas itu didakwa tidak mengendahkan isyarat amaran apabila meneruskan perjalanan menyeberang landasan kereta api itu sebelum dirempuh kereta api berkenaan di barat Jakarta, kata Ketua Polis Tambora, Wirdhanto.

Bas yang rosak teruk itu dilihat berada di landasan selepas diseret oleh kereta api itu hingga ke platform berhampiran, 300 meter dari tempat kejadian.

Wirdhanto berkata, 13 penumpang bas mini itu mati di tempat kejadian sementara lima lagi meninggal dunia di hospital.

Menurutnya, semua penumpang dalam lapan gerabak kereta api itu tidak cedera dan semua isyarat lalu lintas berfungsi dengan baik ketika kejadian.

Kereta api itu dalam perjalanan ke Bogor bersama-sama 400 penumpang ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:07 AM