KEADAAN van yang remuk selepas dirempuh sebuah kereta api di Sukorejo, Blitar. - Jawapos
KEADAAN van yang remuk selepas dirempuh sebuah kereta api di Sukorejo, Blitar. - Jawapos

Blitar (Indonesia): Empat orang maut selepas van yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta api di Sukorejo, Blitar pada Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi (waktu tempatan) ketika van berkenaan yang membawa lima penumpang melintas di satu lintasan landasan tanpa palang.

Jurucakap polis berkata, van berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun melintas landasan berkenaan ketika sebuah kereta api menghampiri.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan van berkenaan diseret sejauh beberapa meter sebelum terbakar.

“Empat mangsa termasuk pemandu van berkenaan maut akibat cedera parah dan ada mangsa yang terbakar.

“Bagaimanapun, seorang penumpang wanita berusia 51 tahun terselamat selepas dia sempat melompat keluar,” katanya.

Van berkenaan dijadikan bas mini untuk membawa penumpang yang majoritinya pekerja kilang.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Yeni berkata, van berkenaan dipandu laju melintas landasan kerana dipercayai tidak mahu menunggu kereta api.

“Ya, van itu dipandu laju dan terus melintas landasan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:13 AM