PESAWAT terhempas di persisiran pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pangkor. FOTO ihsan bomba
PESAWAT terhempas di persisiran pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pangkor. FOTO ihsan bomba
Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Pangkor: Sebuah pesawat ringan dipercayai jenis Piper 32 terhempas di tepi pantai di Kampung Tersusun Teluk Dalam, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, pesawat terbabit dipercayai baru beberapa minit berlepas sebelum tersangkut di pagar sebelum terhempas di persisiran pantai.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Hisham Mohd Noor berkata, empat mangsa yang berada dalam pesawat itu bagaimanapun hanya cedera.

"Mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita.

"Kesemua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk rawatan awal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 2:56 PM