BOMBA menjalankan operasi pemadaman. FOTO ihsan Bomba
BOMBA menjalankan operasi pemadaman. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN feri penumpang yang terbakar di Jeti Pulau Pangkor. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN feri penumpang yang terbakar di Jeti Pulau Pangkor. FOTO ihsan Bomba
Oleh Muhammad Apendy Issahak


Pangkor: Sebuah feri penumpang terbakar berhampiran Jeti Pulau Pangkor, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana feri berkenaan kosong dan sedang berlabuh.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.46 petang.

"Ketika ini api sudah pun berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Menurutnya, kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Mazlan Mohd Noor daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:20 PM