Sebahagian hutan di Pulau Lalang yang terbakar. FOTO ihsan Perbadanan Taman Negeri Perak
Sebahagian hutan di Pulau Lalang yang terbakar. FOTO ihsan Perbadanan Taman Negeri Perak
Noor Hidayah Tanzizi


Pangkor: Hutan seluas 1.2 hektar di Pulau Lalang, di sini, terbakar kira-kira 11 pagi tadi.

Pengurus Perbadanan Taman Negeri Perak Iylia Ainuddin berkata, kebakaran dikesan pada 11.30 pagi sebelum pihaknya terpaksa meminta bantuan nelayan untuk memadamkan kebakaran itu sementara menunggu bomba tiba.

Katanya, bomba yang tiba kemudiannya terperpaksa menggunakan bom air daripada pesawat udara untuk mengawal api daripada merebak berikutan kawasan kebakaran tidak boleh dilalui menggunakan jentera.

"Kebakaran dapat dikawal kira-kira 4 petang dan punca sebenar kebakaran itu masih dalam siasatan," katanya.

Iylia berkata, siasatan awal mendapati cuaca kering serta panas menjadi punca kebakaran namun tidak menolak puntung rokok mungkin antara penyebab kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 11:06 PM