ART in the Park terbuka kepada semua  peringkat umur.
ART in the Park terbuka kepada semua peringkat umur.
TANG turut melakukan demonstrasi melukis dengan teknik yang betul.
TANG turut melakukan demonstrasi melukis dengan teknik yang betul.
MASKOT Galeri PETRONAS, Diya memberi semangat kepada peserta sepanjang bengkel diadakan.
MASKOT Galeri PETRONAS, Diya memberi semangat kepada peserta sepanjang bengkel diadakan.
PESERTA mengasah kemahiran mereka dengan melukis model yang berpakaian tradisional.
PESERTA mengasah kemahiran mereka dengan melukis model yang berpakaian tradisional.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Meluaskan ilmu dalam pendidikan tidak tertumpu kepada pendidikan dalam kelas semata-mata, dan menyedari kepentingan mendidik orang ramai mengenai pembangunan seni, Galeri PETRONAS mengadakan Bengkel Lukisan Figura.

Seramai 20 peserta mengambil bahagian dalam program Art in the Park di KLCC Park, Kuala Lumpur.

Selari dengan slogan Galeri PETRONAS iaitu Seni Untuk Semua, program Art in the Park bertujuan membawa seni keluar daripada suasana biasa dalam galeri agar ia dapat diakses segenap lapisan masyarakat.

Menurut Pengarah Galeri PETRONAS, Rosli Abdul Rahim, Art in the Park adalah inisiatif Galeri PETRONAS untuk mendekati orang ramai dalam memastikan seni dapat dihayati dan dihargai.

“Program Art in the Park sentiasa menjadi aktiviti utama kami untuk menjadikan seni sebagai sesuatu yang menarik. Kami percaya melalui pembabitan awam di dalam suasana yang santai akan menimbulkan rasa minat kepada orang ramai untuk turut serta.

“Program ini bukan saja menarik minat kanak-kanak malah, golongan dewasa boleh mempelajari teknik melukis yang betul,” katanya.

Sepanjang aktiviti di bengkel, peserta diberikan peralatan melukis, papan lukisan dan kaki tiga sebagai kelengkapan melukis.

Di bawah bimbingan artis visual tempatan yang pakar dalam bidang lukisan dan seni reka, Tang Yeok Khang, peserta diminta melukis lima model figura manusia yang lengkap berpakaian tradisional Malaysia seperti kostum Melayu, Cina, India, Kelantan dan Iban.

Program itu turut menyaksikan maskot Galeri PETRONAS yang penyayang dan menyeronokkan, Diya menceriakan peserta sewaktu bengkel berlangsung.

Seorang peserta, Naim Hamzah, 27, berkata, ia adalah aktiviti kali ketiga dengan menyertai program Art in the Park.

“Saya sukakan suasana dan pengisian program yang dijalankan ini. Galeri PETRONAS membolehkan program ini dijalankan dengan lebih santai dan penuh informatif,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 11:08 AM