RAJA Mohd Nizam Raja Mohd Ali melahirkan Simpatiku Pada Mu.
RAJA Mohd Nizam Raja Mohd Ali melahirkan Simpatiku Pada Mu.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Seingat penulis, belum lagi ditemukan dengan mana-mana pameran lukisan yang mengangkat ciptaan, sejarah dan keindahan sesebuah negeri.

Mungkin ada yang hampir sama dalam menjadikan sesebuah negeri itu sebagai subjek tetapi tidak pula mengkhususkan isi kandungan negeri.

Ia boleh dianggap satu tarikan dengan membawa sebuah daerah dalam karya seni lukis.

Pastinya penonton terpesona mendengar cerita sumpahan Mahsuri, menyaksikan pemandangan hijau di Gunung Mat Chinchang atau lautan membiru di Pantai Cenang.

Kini, segalanya boleh dilihat hasil tangan 21 artis Ang-katan Pelukis Se-Malaysia (APS) yang menampilkan 30 karya seni.

Angkatan Pelukis Se-Malaysia (APS) ditubuhkan pada 6 Julai 1956 dengan nama asalnya Majlis Kesenian Melayu, dipelopori beberapa pelukis negara seperti Mohammad Hoessein Enas, Mazli Mat Som, Idris Salam dan Zakaria Nor.

Program tahunan APS di Pulau Langkawi menyaksikan artis melukis dan melakar di sekitar pulau legenda itu.

Justeru, penonton dapat menyaksikan hasil sentuhan artis membabitkan beberapa lokasi di Jati Kuala Teriang, Kuah, Kota Makam Mahsuri dan Pantai Cenang.

Penonton pastinya teruja mengamati lukisan menggunakan medium cat minyak dan akrilik di kanvas, cat air serta kolaj membawa kepada campuran media termasuk 22 buku lakaran.

Pameran Lakar Lukis Lang­kawi kini diadakan di Galeri R A Fine Art di Solaris Dutamas selama sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:00 AM