WARGA asing yang ditahan termasuk cedera di kaki akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri. FOTO Hatim Ab Manan
WARGA asing yang ditahan termasuk cedera di kaki akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri. FOTO Hatim Ab Manan
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Jabatan Imigresen Melaka menahan seramai 119 pendatang asing tanpa izin dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Ayer Keroh Height, di sini, tengah hari tadi.

Dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah hari itu, kesemua yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen yang sah.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidik Hasan berkata, dari 250 warga asing yang diperiksa ditapak pembinaan berkenaan, seramai 119 ditahan termasuk enam wanita, seorang kanak-kanak dan seorang bayi lelaki.

"Walaupun ada diantara PATI berjaya melarikan diri dengan mengambil risiko dengan melalui lereng bukit yang curam namun kepantasan anggota yang terbabit dalam operasi ini berjaya menahan mereka dalam jumlah yang ramai.

"Mereka yang ditahan berasal dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh berusia antara 6 bulan hingga 55 tahun," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) dan Seksyen 15(c)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 2:55 PM