Antara wanita warga asing yang ditahan.
Antara wanita warga asing yang ditahan.
Nur Saliawati Salberi

Melaka: Seramai 17 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka dalam Ops Sayang/Ikrar di sekitar negeri ini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira 3.30 pagi itu, mereka yang ditahan didapati tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidik Hasan berkata, operasi itu dilakukan di enam lokasi berbeza masing-masing di Melaka Raya dan Taman Bertam membabitkan pusat hiburan, tapak pembinaan dan kedai makan.

"Hasil pemeriksaan seramai 17 warga asing termasuk tujuh wanita berusia antara 20 hingga 30-an ditahan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Thailand, Myanmar, Vietnam, Bangladesh dan India kerana melanggar Akta Imigresen," katanya.

Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta sama dan Peraturan 39(b).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 6:03 PM