PEKERJA warga asing yang ditahan untuk proses dokumentasi. FOTO Zulhairi Zuber
PEKERJA warga asing yang ditahan untuk proses dokumentasi. FOTO Zulhairi Zuber
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Tiga puluh lima pendatang tanpa izin (PATI) yang bekerja di tapak pembinaan ditahan sepasukan Jabatan Imigresen Melaka dalam serbuan di dua tapak pembinaan di Duyong dan Kota Laksamana.

Dalam serbuan yang dijalankan pada 11 pagi dan berakhir pada 3.30 petang itu, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan Akta Imigresen.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidik berkata, hasil serbuan yang dilakukan, 35 PATI berusia 12 hingga 53 tahun termasuk seorang wanita ditahan kerana gagal menunjukkan permit perjalanan yang sah ketika diminta.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas mereka yang ditahan mendapati ada di antara mereka tidak mempunyai permit perjalanan yang sah serta turut menyalahgunakan permit kerja.

"Mereka yang ditahan akan dihantar ke Depo Tahanan Imigresen Machap Umboo serta disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39b," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 6:10 PM