ANTARA pelayan pelanggan yang ditahan dalam Ops sayang di pusat hiburan Melaka Raya FOTO Zulhairi Zuber
ANTARA pelayan pelanggan yang ditahan dalam Ops sayang di pusat hiburan Melaka Raya FOTO Zulhairi Zuber
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Lima puluh tiga warga asing termasuk 20 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi yang dijalankan penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka (JIM) di sebuah kilang di Rembia, Alor Gajah dan pusat hiburan di Melaka Raya, di sini, awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditahan kira-kira 1 pagi tadi dalam serbuan Ops Ikrar dan Ops Sayang selepas penguatkuasa JIM menerima aduan daripada orang awam.

Timbalan Pengarah JIM Abu Bakar Sidik Hassan berkata, operasi yang dijalankan selama lapan jam itu bermula jam 5 petang membabitkan tiga lokasi masing-masing sebuah kilang dan dua pusat hiburan.

"Hasilnya kita berjaya menahan seramai 33 pekerja asing termasuk enam wanita serta 20 wanita dipercayai GRO, kesemua mereka berumur antara 22 hingga 37 tahun.

"Mereka yang ditahan adalah warganegara India, Bangladesh, Nepal, Thailand, China dan Vietnam membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 4:16 PM