JASAD empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pengeboman di Bangkok tiba 10.20 malam tadi. FOTO ihsan pembaca
JASAD empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pengeboman di Bangkok tiba 10.20 malam tadi. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Butterworth: Jasad mangsa kelima kejadian bom di Bangkok Lim Su See, 52, dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) malam ini selepas segala proses dokumentasi selesai di Thailand.

Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang Ekajit Kraivichien berkata, pihaknya sudah menghubungi pihak kerajaannya agar dapat mempercepatkan proses berbangkit bagi membolehkan jasad mangsa dibawa pulang secepat mungkin ke Pulau Pinang.

Mayat Su See ditemui pihak berkuasa Thailand malam kelmarin.

Difahamkan proses pengecaman sudah dijalankan dan disahkan merupakan kakak kepada mendiang Lim Saw Gek, 49.

Mayat mangsa yang juga penduduk tetap Singapura akan dituntut keluarganya di Pulau Pinang sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Dedap, di sini.

Jasad mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina Sungai lembu Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 4:26 PM