JASAD Su See  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, semalam.
JASAD Su See tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, semalam.

Bayan Lepas: Jasad kelima mangsa bom di Bangkok tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, malam tadi.

Jasad Lim Su See, 52, tiba jam 10.20 malam dan dibawa ke rumahnya di Taman Dedap, Butterworth.

Beberapa ahli keluarga turut dilihat berada di kompleks kargo sejak jam 9.30 malam.

Bagaimanapun mereka enggan ditemu bual wartawan.

Su See ialah kakak kepada Lim Saw Gek, 49, yang turut terbunuh dalam letupan bom itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 9:01 AM