KERANDA Saw Gaik dan Jai Jun selamat dikebumikan.
KERANDA Saw Gaik dan Jai Jun selamat dikebumikan.

Bukit Mertajam: Semua mangsa kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand selamat dikebumikan dan tiga jasad terakhir disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Sungai Lembu, di sini, semalam.

Jasad mendiang Lim Su See, 52, yang terakhir tiba dari Bangkok, Thailand disemadikan jam 11.57 pagi diiringi anak lelakinya, Loh Pin Quan dan ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, jasad Saw Gaik, 49, dan anak lelakinya Neoh Jai Jun, 20, disemadikan di tanah perkuburan sama di sini, jam 4.18 petang semalam.

Sebelum itu, jasad ketiga-tiga mangsa diletakkan di rumah mereka di Taman Dedap, Butterworth, untuk diberi penghormatan terakhir oleh keluarga dan rakan.

Saw Gaik ialah ibu kepada Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam insiden letupan bom di persimpangan Kuil Ratchaprasong, Bangkok Isnin lalu ketika mereka sekeluarga sedang bercuti.

Turut terkorban, suaminya Lee Tze Siang, 35 dan anak perempuan mereka Lee Jin Xuan, 4.

Mereka antara 20 mangsa yang maut, manakala 123 mangsa lagi cedera akibat letupan bom berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 11:27 AM