Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Polis menafikan video membabitkan sembilan pelajar menjadi mangsa buli dalam sebuah bilik asrama yang tersebar luas dan menjadi viral di Facebook berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis sudah menjalankan siasatan terperinci selepas meneliti video berkenaan dan mendapati ia bukan terjadi di MRSM berkenaan.

"Kita sudah melakukan siasatan sejak dua hari lalu dan mendapati video ini bukan membabitkan kes rusuhan pelajar MRSM berkenaan yang berlaku pada 22 Oktober lalu.

"Selain itu polis juga turut melakukan siasatan di asrama lain di sekolah di daerah ini dan mendapati kes berkenaan bukan berlaku di kawasan Balik Pulau," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 3:58 PM