Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Seorang pelajar berusia 13 tahun mendakwa dirotan seniornya kerana lewat menghadiri program di sebuah sekolah agama di sini, malam Khamis lalu.

Mangsa mendakwa dirotan pelajar seniornya yang berudia 16 tahun di kaki pada jam 7.30 malam menyebabkan bapa mangsa membuat laporan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, pada mulanya mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarganya ketika pulang bercuti hujung minggu.

"Bagaimanapun, bapa mangsa terlihat kesan lebam pada kaki mangsa lalu bertanyakan apa yang sebenarnya terjadidan mangsa memberitahu dia dirotan pelajar senior.

“Bimbang kejadian buli di sekolah anaknya, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau pada jam 12 tengah hari semalam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:42 PM