Oleh Hadzlihady Hassan

Balik Pulau:Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini patah tulang rusuk akibat dipukul sembilan pelajar tingkatan empat di asrama sekolah berkenaan, kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan pelajar terbabit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana serpihan tulang rusuknya terkena jantung.

Mangsa dikatakan dipukul menggunakan seterika dan juga dipijak semua pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 1:19 PM