KEADAAN mangsa lemah di HTAR, Klang, semalam.
KEADAAN mangsa lemah di HTAR, Klang, semalam.
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Sekumpulan pelajar tingkatan empat bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelajar junior hingga menyebabkan mangsa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang selepas tulang rusuknya patah dalam kejadian di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa pelajar tingkatan dua dikatakan dipijak sembilan pelajar senior selain turut dicederakan dengan seterika panas hingga bahunya melecur.

Difahamkan, kejadian berlaku berikutan pelajar senior itu tidak berpuas hati apabila sekumpulan pelajar tingkatan tiga menggeledah bilik mereka untuk mencari kasut rakan mereka bernilai RM400 yang hilang.

Mangsa dikatakan turut berada bersama kumpulan pelajar tingkatan tiga itu menyebabkan dia turut dipersalahkan selepas dipercayai terbabit sama menggeledah bilik pelajar senior berkenaan.

Menurut sumber, kejadian hanya disedari warden pada keesokan hari sebelum memaklumkan kepada ibu bapa pelajar terbabit yang tiba untuk membawanya pulang dan mendapatkan rawatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 5:40 AM