MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang. FOTO ihsan Polis

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Balik Pulau: Mayat lelaki berusia 40an tanpa dokumen pengenalan diri ditemui ditutup dengan selimut di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang, 10.40 pagi tadi.

Mayat memakai kopiah dan berkain pelikat tanpa baju itu ditemui orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, hidung mayat berkenaan berdarah dan agak meragukan.

Mayat itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut, katanya.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut.

"Lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 1:40 PM