Penduduk di negara ini dijangka menikmati siaran televisyen percuma berkualiti digital melalui Projek TV Digital (DTT) dibangunkan MYTV Broadcasting (MYTV) menjelang tahun depan.

Sebagai permulaan 30 saluran ditawarkan MYTV dapat dinikmati penduduk pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Siaran berkenaan sudah menepati definisi standard (SD) dan belum mencapai tahap definisi tinggi (HD).

Dijangka sebanyak dua juta dekoder diberikan secara percuma dan penerima akan ditentukan berdasarkan senarai antaranya e-kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehingga kini, 40 penyiar sudah menyatakan hasrat membekalkan bahan dan menggunakan platform MYTV.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 10:47 AM