PETIKAN gambar dari video yang dirakam.
PETIKAN gambar dari video yang dirakam.
Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid

Kota Kinabalu : "Saya tergerak hati untuk menyanyikan lagu hasil nukilan malim gunung, mendiang Velerian Joannes, 27, yang ditujukan khas kepada tunangnya Jessica Sikta, 25, untuk dinyanyikan pada majlis perkahwinan mereka," kata bekas pelajar Akademi Fantasi (AF) 2, Felix Agus.

Felix berkata, lagu yang bertajuk 'Igitan Ku Longanu' itu adalah hasil ciptaan komposer Josue James yang menghubunginya untuk dinyanyikan pada Konsert Amal 'Remembering Our Heroes' Gunung Kinabalu malam ini di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang.

#gempasabah FELIX Agus menyanyikan lagu hasil nukilan malim gunung, mendiang Velerian Joannes, 27, yang ditujukan khas kepada tunangnya yang sepatutnya dinyanyikan pada majlis perkahwinan mereka. Video Erdiehazzuan Ab Wahid Baca berita: Gempa Sabah: Lagu untuk Jessica http://hmtro.com/1QGiO42

Posted by Harian Metro * myMetro on Friday, June 19, 2015

Katanya, dia terpaksa menguasai lirik lagu hampir seminggu untuk menghafal lagu yang diberikan.

"Pada mulanya saya bukan menyanyikan lagu ini, namun diubah pada saat akhir sebagai tanda penghargaan kepada mendiang yang sering menyanyikan lagu saya pada setiap majlis keramaian.

"Selain itu, saya juga terpanggil untuk menyanyi lagu ini dimana ia ditujukan khas untuk tunangnya bagi dinyanyikan pada majlis perkahwinan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 8:51 PM