LANA (kanan) sah bergelar isteri kepada Mohd Daud dengan sekali lafaz. FOTO Sudirman Mohd Tahir
LANA (kanan) sah bergelar isteri kepada Mohd Daud dengan sekali lafaz. FOTO Sudirman Mohd Tahir
Oleh: Sudirman Mohd Tahir


Seri Kembangan: Dengan sekali lafaz, pelakon sensasi, Lana Nodin, 35, sah bergelar isteri kepada warga Amerika Syarikat, Mohd Daud McKienzie Abdullah, 35, jam 10.35 pagi tadi.

Mereka dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan Ustaz Mohd Ramizi Ramli berwakil walikan bapa Lana, Hasan Nodin Mohd Zaidi, 64, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Dalam majlis itu Lana menerima mas kahwin sebanyak AS$10,000 (RM35,652) beserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat kedua mempelai, teman rapat serta wakil media.

Turut hadir beberapa rakan artis seperti Julia Zieglar, Lisdawati, Sasha Saidin, Chacha Maembong, Sharifah Nadia dan Aishah Alias yang bertindak sebagai pembawa dulang bagi pihak Lana.

Majlis persandingan kedua mempelai akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 11:21 AM