MOHD Huzairee (kiri) dan Iesya. FOTO Sudirman Mohd Tahir
MOHD Huzairee (kiri) dan Iesya. FOTO Sudirman Mohd Tahir
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Dengan sekali lafaz, pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 32, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Huzairee Muhamad, 34, 9.36 pagi tadi.

Mereka dinikahkan Imam 1 Masjid An Nur Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah berwakil walikan bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah dalam majlis yang diadakan di Wisma TV Angkasapuri, di sini.

Dalam majlis itu Iesya menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta wang hantaran berjumlah RM50,000 dan tujuh dulang hantaran. Sementara pihak Iesya membalas dengan sembilan dulang.

Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat kedua mempelai, teman rapat serta wakil media.

Turut hadir beberapa rakan artis seperti Ieda Moin, Elyana, Zulin Aziz, Falisha Crossley, Sharifah Shahora, Intan Suraya, Adzrin Azhar, Shasha Al Khred, Dj Ninie dan Sarah J yang bertindak sebagai pembawa dulang bagi pihak Iesya.

Majlis persandingan akan diadakan di lokasi sama malam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 10:34 AM