LANA bersyukur banyak pihak menawarkan penajaan. FOTO Sudirman Mohd Tahir
LANA bersyukur banyak pihak menawarkan penajaan. FOTO Sudirman Mohd Tahir
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon sensasi Lana Nodin, 35, mengumumkan majlis perkahwinannya bersama jejaka warga Amerika Syarikat David McKienzie, 35, yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini mendapat tajaan mencecah RM2 juta.

Lana berkata, dia terkejut apabila tajaan keseluruhan membabitkan majlis berinai, nikah dan bersanding itu mencecah jumlah itu.

“Walaupun perancangan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dalam tempoh hanya sebulan, saya bersyukur dan lega apabila banyak pihak menawarkan penajaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, Lana turut memaklumkan lokasi majlis perkahwinannya ditukar dari Hotel Istana ke Hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, di sini.

Majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 9.30 pagi disusuli dengan majlis persandingan pada 8 malam, hari yang sama.

Sehari sebelum itu, Lana turut mengadakan majlis malam berinai bertemakan Puteri Gunung Ledang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 4:45 PM