LANA cepat letih, sering alami kekejangan kaki pada waktu malam ketika tidur.
LANA cepat letih, sering alami kekejangan kaki pada waktu malam ketika tidur.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Perkahwinan pelakon Lana Nodin, 35, de­ngan warga Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud McKinzie, 35, terus di­limpahi bahagia apabila mereka bakal bergelar ibu bapa selepas Lana disahkan hamil.

Selepas berkahwin, Lana atau nama sebenarnya Maz­lina Hassan Nodin me­ngikut suaminya yang juga pemain bola tampar pantai kebangsaan AS ke negara itu.

Sepanjang di sana, Lana tidak ketinggalan berkongsi perkembangan dirinya di laman Instagram miliknya.

Di situ jelas terpancar kebahagiaan dilalui pelakon yang sering dihambat kontroversi ini.

“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi semua ini ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 5:00 AM