Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kajang : Hujan lebat lebih sejam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Cheras Batu 12, Kampung Sekamat, di sini, dilanda banjir kilat.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas manakala orang ramai pula sibuk mengalihkan kenderaan masing-masing bagi mengelak ditenggelami seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, hujan lebat sejak 4 petang di kawasan terbabit menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira 0.5 meter.

Menurutnya, bagaimanapun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terjejas dengan banjir kilat terbabit.

"Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat dan beberapa pasukan bomba ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 8:17 PM