WARGA  PMJ membantu kanak-kanak ini mengecat pintu masjid.
WARGA PMJ membantu kanak-kanak ini mengecat pintu masjid.
BEKERJASAMA melakukan aktiviti gotong-royong.
BEKERJASAMA melakukan aktiviti gotong-royong.
PESERTA rombongan bergambar kenangan bersama penghuni rumah anak yatim.
PESERTA rombongan bergambar kenangan bersama penghuni rumah anak yatim.

Politeknik Mersing Johor (PMJ) menjalinkan kerjasama dengan komuniti global luar negara apabila menganjurkan program Pengantarabangsaan Warga Pensyarah dan Pengurusan ke Batam Indonesia, baru-baru ini.

Seramai 30 warga PMJ melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) terbabit dalam program tiga hari itu yang menyasarkan objektif melahirkan warga proaktif, kreatif serta mampu berdaya saing.

Antara aktiviti dijalankan termasuk menandatangani perjanjian persefahaman bersama Universitas Ibnu Sina, lawatan ke rumah anak yatim serta lawatan ke destinasi menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 11:03 AM